Saturday, 9 October 2010
Saturday, 31 July 2010
PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM









Mengungkayahkan Pertandingan Dikir Syarafil Anam anjuran Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan PESTA 2G dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kuala Belait dan Muslimah Masjid Kampong Sungai Teraban, sampena Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam Kali Ke 64 tahun bagi Daerah Belait 2010.
Friday, 30 July 2010
CERAMAH UGAMA SAMPENA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 29 7 2010
PERTANDINGAN PESTA MEMANCING 2010
Foto kenangan bersama Penghulu Mukim Belait dan Krew Pengambaran RTB Belait
Majlis penyampaian cenderahati kepada Puan Zarina Binti Hj Abu Adenan Ketua Pegawai Tanah Kuala Belait dan Pegawai Daerah Belait Awg Matusin bin Orang Kaya Sura Hj Tuba oleh Pengerusi Pertandingan Pesta Memancing 2010 anjuran Jawatankuasa Penaja Sementara Persatuan PESTA 2G dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kuala Belait dan Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong Sungai Teraban, sampena Sambuta Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kali ke 64 tahun bagi Daerah Belait tahun 2010 bertempat Sungai Belait, kampong Sungai Teraban.








Sabelum pertandingan Pesta Memancing 2010 diadakan Ahli Jawatankuasa telah meninjau tempat lokasi dan bergotong royong membersihkan tapak tersebut, dengan di tolong dan di bantu oleh Jabatan Daerah Belait
Pada tanggal 11hb Julai 2010 bersamaan hari Ahad, Lebeh kurang seramai 60 orang peserta telah mengambil bahagian dipertandingan Pesta Memancing 2010 dengan slogannya 'Bah Maitah Mengail!' pemenang didalam kategori tangkapan Ikan pertama (First Catch) dalam masa 30 saat dimulakan, telah dimenangi oleh Awang Annuar Bin Zaini peserta dari Kampong Sungai Teraban beliau telah menerima sebuah piala, satu set Hamper dan Sijil Penyertaan. Kategori kedua tangkapan ikan yang terberat dimenangi oleh Awang Mohd Azri Bin Jaberi asal dari penduduk Kampong Sungai Teraban telah mendapat menangkap seekor Ikan Pari berat 4.5 kilogram, beliau menerima sebuah Piala,Satu set alat memancing, Satu Voucher membelibelah di Supa Save bernilai $50.00 dan Sijil Penyertaan. Manakala Kategori ketiga banyak tangkapan ikan terkumpul iaitu sebanyak 16 ekor ikan berbagai macam spesis telah dimenangi oleh Awang Lazawardi bin Matrah juga dari Kampong Sungai Teraban beliau mendapat sebuah Piala, sebuah Hamper dan Sijil Penyertaan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis Awg Matusin Bin Orang Kaya Sura Hj Tuba, Pegawai Daerah Belait.
Subscribe to:
Posts (Atom)
